Family Trip to Langkawi 2016! (Finale)

, , 7 comments
Hmmm…jap confuse pulak hari ketiga kat Langkawi nih buat apa hahah. Ok2 ingat dah. Orait so hari last nih, plannya nak pergi tengok air terjun. Kat Langkawi ada a few air terjun yang famous macam Telaga Tujuh, Temurun dan Durian Perangin. Kitorang decide untuk ke Durian Perangin sebab Telaga Tujuh tuh dulu2 dah pernah pergi.

Sekali masa sampai tuh hujan! Mula2 renyai, lepas tuh lebat pulak. Takpelah duduk berteduh dulu dekat gazebo. Ada banyak gazebo sini & persekitaran dia Nampak agak terjaga. Maksudnya bersihlah, kadang kalau pergi kawasan air terjun nih penuh sampah sarap kan. Lepas hujan reda, barulah sesi fotoshoot hehe. Meh layan






Cantik kawasan nih. Nak mandi manda memang syok!Agenda seterusnya adalah naik ke puncak Gunung Raya. Idea nih dicadangkan oleh http://mymiee.blogspot.my/ since dah pernah drive ke Jerai harituh, so kenalah try kan. Untuk naik sampai ke puncak awan tuh, mengambil masa dalam 30 minit. On the way tuh nampak ada 2 orang gigih kayuh basikal #akakhanyamamputengokdandrive

Apa yang ada kat atas? Actually takde apa2 pun hehe. Ada resort, café dan viewing point. Bolehlah nak bergambar dekat dengan awan tuh kan. Cantik.



Hentian terakhir sebelum balik adalah pantai Chenang. Tak sahlah kalau ke Langkawi kalau tak singgah sini. Pantai nih kiranya pantai paling busylah kat Langkawi nih sebab berhadapan dengan Underwaterworld, dan malls.


So that concludes our Langkawi trip. Langkawi ni memang best untuk santai2 seisi keluarga. Cuma kalau boleh, elakkan time cuti sekolah sebab segalanya akan naik harga dan sesak. Nak jalan pun kurang best kan.

7 comments: