First Solo Travel! Berjalan Ke Seoul & Busan Spring 2016 (7) - Ehwa University, Myeondong Street Food , Dongdaemun Design Plaza

, , 4 comments
Ok, jadi harini bermula agak lewat hehe. Rasa macam malas nak keluar awal. Kalau keluar before 10 sejuk lagi kat luar. Around 10-12 degrees. Jadi around 10.30 baru bermula harini. First destination adalah Ewha Women’s University atau lebih dikenali kat sini dengan nama Edae.  Best jugak kan ada University khas untuk wanita. Sebab apa? Sebab area tuh jugak merupakan port shopping yang best haha (macam la banyak sangat menda nak shopping)

Untuk ke Edae ni senang je, turun kat Ewha University station. Jalan straight je nanti sampailah pintu masuk dia. Universiti nih university wanita terbesar di dunia! Senibina arkitek dia memang menarik. Jalan-jalan usha surrounding dia. Ramai jugak students2 lelaki datang dengan harapan dapat jumpa aweks-aweks cun le tuh heheh.







Then kita nyopping la kan. Macam2 benda boleh shop kat sini. Dari cosmetics, baju, handbag, kasut. Janji ada duit kan. Cosmetics macam takdelah beza dengan kat Myeondong, sebab kedai2 nya pun sama. Tapi kalau baju2 tuh memang best shopping kat Edae ni. Banyak butik2 baju yang murah tapi quite trendy. Cumanya baju dia mengikut musim. Make sure ada cop “Made in Korea” baru berbaloi beli heee. Range harga dalam 10000W-20000W.

Petang-malam ingat nak rayau Myeondong pulak. Cari streetfood. Ada makanan2 yang boleh dimakan macam kebab, bungeoppang berinti kacang merah (sedap serious!), strawberry mochi, gyeran bbang (egg bread) dan hotteok. Sorry gambar tak banyak sedap leka melantak haha. Bukan seme makan kat situ, ada yang tapau makan kat bilik heheh.






Malam tuh, since malam terakhir di Seoul, ingat nak singgah DDP (Dongdaemun Design Plaza). DDP nih shopping complex cum exhibition centre designed by Zaha Hadid. Design dia macam UFO! Kalau malam-malam boleh tengok LED rose bergemerlapan gitu hehe.









Orait that’s a wrap untuk harini. Esoknya nak ke Busan! 

4 comments:

  1. Salam SarahFJ, nak address boleh?email to dayah_jek@yahoo.com TQ =D

    ReplyDelete
  2. alaaa akak nak pegi tempat lampu Dongdaemun tu tapi xdan hahaha..
    sakan nyopping sampai skip tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nih pun sebab DDP nih dekat dengan hostel. Dan lah nak menyinggah. Mula2 tak jumpa bunga LED nih, dah rayau2 sikit baru nampak :) tuh tandanya kena repeat tuh

      Delete