Kerja Gila. Yes, walaupun nak konon-konon Wordless Wednesday kan? Inilah antara penyebab kenapa travel tahun nih amatlah ciput hukhuk


Ok sambungan is here! Terima kasih kepada yang tabah follow walaupun ceritanya tak seberapa hehe. Terlewat sikit post ni sebab ada teambuilding. 

Orait, jadi dari Masjid Tokyo Camii kami ke Odaiba. Ada apa kat Odaiba nih? Kejap lagi kita tengok alright? Jika dari masjid:

Dari Yoyogi-Uehara eki take Chiyoda line to Abiko.
Stop at Omote-sando, take Ginza line to Toyosu
Stop at Shimbashi, take Yurikamome to Odaibakaihinkoen.

Lama juga perjalanan ke Odaiba. Sepanjang perjalanan tuh mendung tapi tak hujan. Sebelum sampai, kena lalu jambatan dulu. Waktu malam nampak cantik dengan lampu berwarna-warni.





 Odaiba ni sebenarnya pulau buatan. Ada banyak tempat tarikan indoor di sini. Kira sesuailah since hari pun mendung, kadang-kadang hujan kan. Ada Lego center, ada Madame Tussauds, Trick eye museum, Toyota cente, Museum of Maritime Science  dan lain-lain lagi.

Actually, kalau betul-betul nak round satu pulau nih, satu hari baru cukup rasanya. Kami menuju ke Decks dulu. Mula-mula kami buat sesi bergambar dulu kat bahagian luar. Ada replika Statue of Liberty di sini. 



 Kebetulan masa tuh ada festival, jadi ada banyak gerai makanan. Jumpalah pulak gerai kebab turki. Perut pun dah lapar jadi kita ngap dulu isi perut. 



Then, kami menuju ke Madame Tussauds. Semua patung wax nak diambil gambarnya haha. Ada figures luar negara dan juga Japanese.







Kemudian kami menuju pula ke Trick eye Museum. Sesuailah untuk mereka yang kaki bergambar hehe




Wah dah Part 5!



Tibalah ke hari ke-4 kami di Tokyo. Kejap je rasa. Ikutkan plan, hari ni kami ke Tsukiji Market, Camii Tokyo Mosque dan juga ke area Odaiba. Pagi tuh setelah breakfast di hotel secara ala kadar, maka kami pun memulakan perjalanan ke Tsukiji Market. Jika dari Ningyocho:

Ningyocho to Tsukiji
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Tsukiji (170Y)

Kemudian dari Tsukiji station, kami ikut je a few tourist hehe. Dalam 10 minit macam tuh sampailah ke market.  Before masuk ke area wet market, ada ruang gerai di bahagian luar. Boleh try makan di situ seafood dia fresh dari pasar. Tapi kami tak makan pun. Hari tuh pernah tengok Jejak Jepun Zizan dan Zizan ada makan kat sini. 

                                                                      Sekitar outer market

Beratur nak makan donburi
Menunya, tapi tak try. Balik baru menyesal tak cuba sashimi fresh

                                                              Indoor market. Fresh dari laut

 Barangan kering macam seaweed, bonito flakes dll pun ada dijual . Rugi puloklah tak borong bonito flakes tuh haih. Souvenirs pun ada jugak tapi tak tengok harga pun. Dekat bahagian wet market dapatlah tengok hidupan laut yang pelbagai. Agak busy market dia, ramai orang menyorong dan mengangkut barangan. After meround dan ambil gambar, kami pun patah balik ke stesyen Tsukiji. Dari Tsukiji ke Camii Mosque:

Hibiya line to Naka-meguro, turun di Hibiya untuk transit ke Chiyoda line
Chibiya line to Yoyogi-uehara, turun di Yoyogi-uehara.   

Sampai sini boleh blur macamana nak pergi masjid tuh. Boleh pulaklah terlupa nak search direction dari station ke masjid. Aduih. Gigihlah try cari internet connection (kami tak sewa wifi pun haha). Tak dapat. Japan ni lain sikit berbanding Korea.Wifi free tidaklah sesenang tuh nak jumpa hoho. Mostly kena register dulu.Nak tanya orang Nihongo sah2 la tak tau kan. 

Tengah blur2 tuh terserempak sorang brother nih dengan anak dia. Rupa macam orang Malaysia. Jadi apa lagi, teruslah tanya direction. Dia pun rupanya nak ke sana, hantar anak dia kelas ngaji katanya. Alhamdulillah huhu lega. Dia student kat sana, dan anak dia dihantar ke kelas agama di situ. Ada ke dia cakap “Ingatkan orang Indonesia, rupanya orang Malaysia” uhuk2. Takpelah bro, since you dah tunjuk direction, I tak boleh nak comment banyak haha. 

Dalam 10 minit berjalan, sampailah ke masjid. Sorry, tak ingat directionnya, tuhlah sape suruh dah berkurun baru nak menaip ha kan dah lupa! Masjid dia memang architecture Turkey. Ya lah since memang orang Turkey yang derma. Actually since 1938 ada mosque nih and then diruntuhkan. Tahun 1998 baru dibina balik.


Kebetulan masa kami pergi tuh, ada majlis nikah antara lelaki warga Turki dan wanita Jepun. Wah! Perkahwinan dua negara, dua bangsa. Memang kami bernasib baik menyaksikan bertambahnya saudara muslim dan majlis nikahnya.  Saya share a few photos…

                                                                         Akad nikah


                                                                        Bersama famili



Sebagai orang yang suka berjalan-jalan, memang kalau takde travel plan tuh rasa semacam je. Yelah kadang-kadang sebab duit takde lagi-lagi duit RM tak stabil, kadang-kadang sebab busy & ada komitmen lain, takde travel partner dan lain-lain. Makanya nak buat apa? How to cure the travel bug tanpa banyak menggunakan duit, masa & tenaga yang banyak?


1. Go through gambar-gambar travel dolu-dolu. Best kan? Sambil mengimbau kenangan lama pahit & manis. 

2. Baca blog travellers. Yang ni selalu buat. Best baca kisah-kisah travellers ni. Automatik akan terinspirasi & before you knew it, dah start dah nak plan-plan trip seterusnya haha.

3. Eat! Kadang-kadang masak atau makan makanan yang bukan masakan Melayu (Western/Korean/Japanese/ dll) best jugak. Tukar angin dan selera. Di samping tuh rasa terubat la jugak rindu kat negara-negara yang kita pernah pergi tuh kan. Ceh, macam banyak sangat je negaranya.

                                                            Makan sushi di kedai

                                                       Konon2 nak try buat Okonomiyaki
                                                Mediterranean meets Italian aduihlah



4. Watch dramas. KDrama especially. Dah terjebak tengok so macamana?

5. Pergi on a 1 day trip ke tempat berhampiran. Macam pergi tengok muzium ke, pergi taman yang berhampiran dengan rumah.  Macam saya, Kuala Lumpur tuh pun actually takdelah habis round seme tempat kan? Planetarium Negara tak pernah pergi lagi, muzium tuh pun zaman sekolah je rasanya pernah masuk hehe. Ataupun buat kerja gila naik LRT/Monorail from end to end haha ok tak? :)
 







Konon-konon hari ni nak bangun awallah. Pukul 7 dah gerak ke subway. Hmmm haram! Melayan penat semalam, pukul  9 macam tuh barulah kami gerak memulakan trip kami hari ni ke Hakone. Nak tengok view Fuji-san kaedahnya. Actually masa research it was between Kawaguchiko and Hakone. Masa terhad, jadinya kena pilih salah satu. So Hakone pilihannya. Maybe sebab lebih banyak tempat boleh tengok kut, besides the view of Fuji-san. Cara nak kesana,jika dari Ningyocho:



From Ningyocho to Shinjuku:
Hibiya line towards  Nakameguro
Stop at Ginza-Transfer to Maranouchi line to Ogikubo
Exit at Shinjuku (200Y)

Kami menaiki Romance Car untuk pergi dan balik tuh kami plan untuk menaiki bullet train. Tiket Romance car boleh beli di kaunter Odakyu Sightseeing Service Centre .Untuk rujukan :


TAPI…alangkah sedihnya bila tengok dekat kaunter tiket terpapar “View of Fuji cannot be seen today”. Cuaca agak mendung. Hmm..nak buat macamana takde rezekilah kan? (A reason untuk repeat Tokyo?) Walaubagaimanapun kami still stick to our plan dan beli juga tiket Romance car & free-pass (Jangan lupa ambil English map!) . Dengan free-pass ni, kita bebas menaiki train, kereta kabel (bukan kebal ok) & bas untuk mengelilingi kawasan Hakone. Perjalanan menggunakan Romance car mengambil masa around 1 jam ++ 

                                                Gini rupa tiket train, map  & free pass



 Tokyo Camii Mosque from Romance car

Train akan berhenti di Hakone-Yumoto. Dari sini bolehlah ambil bas menuju ke tempat-tempat yang anda ingin pergi.Laluan/route utama dipanggil Loop sebab ia berupa bulatan (round course) yang mengambil masa dalam 3-4 jam.  Boleh rujuk:


Kami ambil bas menuju ke Motohakone untuk menaiki cruise di Tasik Ashi. Cuaca memang mendung, adakalanya hujan renyai-renyai. Cruise nih akan berhenti di Togendai, dan kami menaiki cable car sampailah ke area Owakudani. 


 Lake Ashi Cruise
 Cable car

Owakudani ni area hot water spring. Dekat sini kena try kuro-tamago, telur hitam. Dia masak guna hot water spring tuh. Warna dia je hitam, rasa macam telur biasa hehe. Makan telur tuh dengan bekal onigiri untuk lunch kami. 

                                                                       Black egg


Lepas dah kenyang, kami jalan ke bahagian atas dan nampaklah autumn foliage, daun-daun yang bertukar warna. Di Tokyo daun-daun belum sepenuhnya bertukar warna. Hujan renyai pun gambar tetap perlu diambil ye tak?



Kami habis ronda-ronda dan naik balik cable car dan train untuk kembali ke hakone-yumoto.  Untuk balik ke Tokyo, kami nak try naik Shinkasen. Untuk menaiki Shinkasen, perlu ke station Odawara. Jadi kami naik train hingga ke Odawara. Di Odawara, round-round sikit maka jumpalah kaunter untuk Kodama Shinkasen untuk ke Shinagawa (Specifically lupa pulak tempatnya, akibat dah setahun baru nak blogkan). Dari Shinagawa perlu transit untuk ke JR line. Shinkasen yang nih actually tak laju sangat, bolehlah nak merasa naik shinkasen dan lalu Yokohama. Dalam 30 minit sampailah city.

Kami tak direct balik. Walaupun penat, gagah jugak nak tengok kota metropolitan nih di waktu malam. Jadi kami berhenti di Shibuya (JR line) untuk melihat kesibukan the famous Shibuya intersection. Hambik kau, before keluar station dah busy dah. Rupanya time Halloween memang havoc gila. Orang dress up macam-macam gaya, really regretted tak ambik gambar. Ambik sipi-sipi je. 


                                     Gamber secara sipi-sipi orang dress up for Halloween

Kami pun duduk kejap perati orang lalu lalang, then apa lagi, kita cubalah lintas intersection nih hehe. Traffic light merah je segerombolan orang jalan serentak. Happening!  Dah puas tengok Shibuya, maka kami pun balik hotel, penat dah seharian berjalan.