Tempat pertama yang dituju adalah Asakusa, Old Tokyo. Naik Subway dari Ningyocho:
Ningyocho –eki to Asakusa – eki
(Toei line) – direct (180Y)

Ambil Exit 1 dan jalan . Kami ikut orang ramai je time nih dalam 10 minit sampailah ke Kaminarimon Gate.



 Selepas sesi fotografi kami pun masuk ke dalam berjalan melalui Nakamise-dori. Ada banyak stall jual souvenirs menarik. Macam-macam ada. Kami tak beli pun sebab kononnya tempat lain lagi murah, but actually kat sini pun ok. Jadi silalah beli ya jangan kempunan macam saya hehe.

                                                                  Sekitar Nakamise

Dekat depan after Nakamise-dori, sampailah ke Sensoji Temple. Landmark penting sebab temple ni temple tertua di Jepun. Surrounding area ni truly Japanese.


                                                        Skytower yang kononnya dekat

After selesai berselfie & berwefie, maka kami pun bergerak ke Tokyo Skytree. Dari Sensoji ni memang dah nampak tower tuh, dan kami pun berjalanlah sampai ke tepi Sungai Sumida. Tokyo Skytree nih berada di seberang sungai tu. Adui ingatkan dekat, rupanya jauh jugak nak menapak. Tapi view Tokyo Skytree dari sini cantik hehe. 

Kami patah balik ke subway station Asakusa dan naik subway ke station Tokyo Skytree.  Sampai kat Tokyo Skytree mak aih, punya ramai umat manusia. It wasn’t even  on a weekend. Jadinya niat nak naik ke viewing deck dibatalkan. 

Mula-mula ingat nak ke terus ke area Ueno, ok bile sampai subway, kami duk kaji-kaji sikit route yang patut kami ambik. Sekali adalah seorang Japanese nih tegur “Where do you want to go?” Maka kami pun tunjuklah station Ueno pada peta subway tuh. Then dia pun explain sedikit sebanyak macamana nak pergi. Tapi bila diskas-diskas dengan adik, kami decide better balik hotel, properly check in, dan rehat sebab malam nanti ada misi penting haha. So kami pun pergi to the other side of the track. Sekali mamat Japanese tuh boleh berlari dan tegur kami cakap “wrong way” Adui kesianlah pulak. Kami pun cakap kami tak jadi pergi. Prihatin sungguh Japanese people nih kagum!

After rehat2 kami meneruskan misi petang/malam iaitu ke Tokyo Disneyland! Memanglah tempat idaman daripada kecik lagi okey. I guess it is every child’s dream (..and adults haha) untuk masuk ke Disneyland. Perjalanan ke Disneyland actually mudah je. Saya follow instructions dari bloggers:


Disebabkan masa yang terhad (4 je hoi!) jadinya kami ambil tiket After 6 Passport around RM100++ tak salah. Memang rasa menyesallah jugak kan, sebab memang tak sempatlah nak naik all the rides. Anyways, saya sarankan silalah spend the whole day di sini. Serious best! Kami beli tiket di tiket booth, ramai tuh tak sangatlah, sedang-sedang gitu but it was still ramai considering malam minggu biasa. Yang best Japanese kebanyakannya dress up as Disney characters, semangat sangat! Maybe sebab it was a few days before Halloween. 

                                                          Parade dalam Bahasa Jepun

Rides yang famous still kena beratur around 30-40 minutes. Total rides yang kami sempat naik maybe around 7-8 gitu. But we did manage to see the parade & jugak catch a glimpse of the fireworks. Tercapai impian gitu. Bila Disneyland nak tutup around 10.30 maka kami pun bergerak pulang dan baru ingat lapar & letih. Penat hoi! Dinner maggi, roti & onigiri lalu tidur.

TO BE CONTINUED...

Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 5
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 6
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin


Ada yang travel sebab sukakan sceneries, ada yang suka shopping, ada yang ikut-ikut orang, ada yang travel mewah, ada yang budget hehe. Jadinya saya macamana?

1. Budget traveller.  Belum mampu nak travel secara mewah kaedahnya. Airasia is my best friend for now. Belum kesampaian lagi untuk ke Europe, but 1 fine day memang nak backpack ke sana.

2. Suka tengok sceneries yang cantik – beach, mountain view, nature, landscapes, architecture.

3. Perasan photographer – takdelah pandai sangat mengambik gambar, tapi kalau ada yang catch my eyes, I will take photos of it. Bukan guna DSLR pun, susah nak bawa sana-sini. My compact PnS Nikon camera pun ok & also my phone.

4. So-So shopper. Kalau dah tempat tuh memang related to shopping macam HCM atau Bandung, memang sah-sahlah shopping tu wajib kan? Hehe .Ikut tempat dan kesesuaian.

5. About travel buddies, bagi saya ok, tapi mesti kena cari yang sekepala dan kalau boleh in 1 group jangan ramai sangat. 

6. Makan – Tak cerewet. Tolak batu, kayu & besi je rasanya. Kena makan on time, walaupun sekadar alas perut. I get cranky when I’m hungry.

7. Tak suka bawak luggage yang berat. Lagi ringan lagi bagus.

8. Selalu mesti ada buku/magazine & bawak earphones dalam beg to kill time. Yelah takkan nak duk melangut je sementara tunggu flight, subway dll kan?

Ok setakat ni, itulah yang terfikir :)

* Contoh gambar perasan photographer. Trust me, kalau scene tuh dah cantik, no matter how cokia your camera or your phone is, gambar masih cantik, walaupun tanpa sebarang filter



Ok, sambungan trip ke Tokyo sudah mari. Sebaik flight landing dan immigration jadinya around 10.30PM juga baru setel. Sebelum ke tempat menunggu bas, kami beli dulu kad PASSMO yang akan digunakan untuk menaiki subway esok. Senang je guna machine tuh, kalua tak salah berhampiran information center. Tempat menunggu bas terletak di bahagian bawah (Group Bus Stop) . Turun guna escalator , dan tunggu di bahagian luar. Keluar je dah terasa kesejukan angin malam Autumn Tokyo.

Dalam 15 minit, bas Toyoko Inn pun sampai. Ada beberapa orang lain yang naik bersama kami. 10 minit kemudian tibalah kami ke hotel. Check in pun cepat dan pantas. Biliknya simple je.Oklah untuk overnight stay. Daripada nak ke town lebih baik rehat dulu. Malam tuh terasa lapar, kami ke 7E yang terletak opposite dengan hotel dan beli onigiri tuna. Memang sedap! Dan onigiri nilah yang jadi santapan boleh kata hari-hari semasa kami di sini.

                                                                   Tuna Onigiri 7E
Esoknya, selepas bersarapan kami ke Otorii Station yang terletak berhampiran hotel menuju ke Ningyocho untuk check in hotel Horidome Villa.

Otorii – eki to Ningyocho eki
Keikyu Airport Exp to Sengakuji > Change to Toei Subway Asakusa Line>Exit at Ningyocho (460Y)

Dari Ningyocho, ambil exit A5, belok kiri dan straight around 10 minit, maka sampailah. Hotel ni juga recommended. Simple hotel,tapi facilities cukup, tiada breakfast cuma ada coffee and tea. Ada 7e nearby & rate around RM250 per night (ikut exchange).


Bilik dia kecil sikit, memang muat-muatlah untuk kami berdua dengan luggage yang tak seberapa. Staff dia friendly, boleh speaking London sikit-sikit. Kami sampai around 9.30 tak boleh check in lagi, tapi boleh tinggalkan luggage dan kami pun mulalah explore Tokyo! Ke mana destinasi kami? Clue :

                                                                     Kat mana kita ni?
Ok, jika sebelum ni ada diberikan beberapa tips sebelum memulakan perjalanan dan travel anda, sekarang aku nak share beberapa tips semasa berjalan :



1. Have confidence. Ini pesanan untuk self-plan traveller. Kena yakin je.Jangan nampak menggelabah sangat walaupun sesat. Don’t be too afraid, sesat sikit tuh normallah.Cuba tanya orang di sekeliling nanti adalah yang tolong.

2. Have fun. Kadangkala kita penat/stress sebab sesat/ cuaca tak berapa baik tapi ingat untuk have fun. Dah sampai tempat jauh-jauh kan. Make the most out of it. Enjoy!

3. Sabar. Memang kadangkala ada kejadian yang berlaku di luar kawalan kita, ramai orang, kena beratur panjang,kalau yang ada anak, anak moody, menangis  jadi perlu banyak-banyak bersabar. Oh yes, and did I mention keadaan dalam flight? Chit-chatters, baby crying, snoring etc. Sabar

4. Bahagikan duit dan simpan di tempat berasingan – dalam beg, poket/kasut, tudung (for girls lah kan)

5. Ringankan mulut untuk bertanya. Ini merupakan sesuatu yang saya sendiri sukar untuk lakukan tetapi bila fikir balik sangatlah rugi jika anda tidak ringankan mulut untuk bertanya. Contohnya semasa saya pergi ke Disneyland dan Shibuya yang kebetulannya ada Halloween celebration dan golongan muda-mudi dress-up dengan pelbagai gaya, tetapi  saya segan untuk merakamkan gelagat mereka, apatah lagi untuk bergambar dengan mereka. Sayang. Semasa berkunjung ke Meiji Shrine pula ada pesta untuk kanak-kanak di mana mereka memakai kimono. Comel sangat, tetapi sayangnya saya tak dapat capture moment tu sebab segan nak approach the kids and their parents. Dan satu lagi jika jumpa rakan senegara tuh (duh of courselah boleh kenal kan orang Malaysia) senyum-seyumlah dan bertegur-sapalah ya. So lesson learned, jangan segan, ringankan mulut anda!

6. Berani untuk cuba sesuatu yang baharu. Dah sampai ke tempat orang, mestilah kena selami budaya dan makanan yang berbeza walaupun agak pelik kenalah cuba,  asalkan tak bertentangan dengan larangan agama dan adat kita.

7. Be cautious. Bila berada di negara orang, anda perlu cakna dengan persekitaran anda dan jangan mudah distracted. Sedangkan di Europe pun banyak pick-pockets.

8. Ambil gambar banyak-banyak! Hehe yang ni kalau dah memang suka bergambar, tak perlu dipesan pun dah tahu dah. Gambar tuh penting as memory keepsake. Kebarangkalian kita dah tak pergi dah tempat tuh kan, so walaupun malas, penat macamana pun, stress macamanapun, gambar mesti kena ambil. Smile and cheese!

9. Collect as much memorabilia yang boleh. Macam tiket,peta, brochure, postcards untuk dijadikan travel journal bila balik nanti.

10. Belilah cenderamata. Sikit pun jadilah sebagai kenangan.

Ok. Nantikan bahagian terakhir, tips selepas travel :)

TO BE CONTINUED...

Travel tips- Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian I)
Travel tips - Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian II)

Kali ni saja nak kongsikan kisah semasa saya dan beberapa orang rakan berjalan ke Beijing, China. Kami pergi menaiki pesawat MAS MH370 ke Beijing dan saya masih menyimpan boarding passnya:






Masa tu musim Summer jadi panasnya lebih kurang sama macam di Malaysia. Ground arrangement kami ambil dengan Parlo Tours. Offer Matta fair jadinya memang murahlah around 350 all in.Dia uruskan dari visa, insuran, hotel, transport & makan. Dari aspek tuh tip-top no problem. Mungkin juga sebab yelah dah namanya ikut agent, maka takdelah nak study beria mengenai Beijing nih. Dan ini merupakan kesilapan terbesar kami.

1. Perlu diingat, tour guides akan mendapat komisyen hasil pembelian anda di kedai-kedai government mereka. Jika ikut agent, WAJIB pergi ke kedai-kedai kerajaan nih seperti kedai sutera, teh, jed, pearl, ubatan dll. Sila ABAIKAN kedai-kedai tersebut dan pergi beli souvenirs di Market2 biasa (which they will take you to on the last day untuk menggalakkan anda beli di kedai2 government dulu). Harga adalah super mahal berbanding markets biasa. Tapi bila baca-baca blog orang lain, ada yang kena marah & maki kalau tak beli, huhu pekakkan saja telinga ya.

2.Berhati-hati bila membeli barang dari orang-orang yang meniaga di tepi jalan atau yang datang approach anda. JANGAN guna duit besar. Bayar duit secukupnya if possible & CHECK duit tuh, sebab kawan terkena diberi wang baki duit rubble Russia. Actually harga barang dia murah, cuma carefullah ya.

3. Kedai Jewellery di Birds Nest Stadium adalah penipu besar. Overpriced jades and barangan hiasan pearl. Makanya tak payah belilah. Dia saja bagi kita masuk bilik-bilik pameran, konon-konon bagi discount yang bagus, nak berkawan dengan kitalah bagai. Forget it. Semua itu TIPU.

4. Sila cek scam-scam lain di Beijing and take precautions yang sepatutnya.

Sampai ke sudah jadi pengajaran & lesson learnt :)
Ok, so actually idea nak tulis ni datang pabila tengok-tengok balik album lama then came across photos semasa trip saya dan kawan-kawan uni ke Langkawi back in 2005 selepas kami menamatkan pengajian di sebuah Uni awam.

"Eh dah habis exam final, jum pegi jalan mana-mana, boringlah". "Ok jum pegi Langkawi nak?. Stesen bas pegi utara dah dekat dah dengan rumah aku" " Ok, set" Macam tuhlah lebih kurang how it all started. Tanpa banyak perancangan kami dengan gamblenya beli tiket bas pegi Kuala Perlis.

Tak ingat sangat detail, tapi yang pasti bas kami tuh lambat tiba ke Kuala Perlis, so we missed the last ferry to Langkawi. Nasib baik masa kecik-kecik dulu pernah parents bawak tidur kat satu hotel ni, jadi kami pun menginap la kat situ semalam. Beli terus tiket return ke K.Lumpur.

Then, esoknya bertolak ke Langkawi dengan feri. Time tuh tiket feri pun still murah. Sampai-sampai jeti, baru cari pakej2 chalet/motel dan kereta. Time tuh dapat rate memang murah sangat sebab kami pergi only a few months after the tsunami incident. Kereta untuk 3 hari dapat RM100 & chalet di Pantai Cenang RM60 per night. Rezeki kami2lah yang kesemuanya penganggur haha.

Ingat lagi yang tukang drivenya sayalah. Tak pernah drive jauh, tak pernah drive ke KL, tapi boleh drive around Langkawi, mampu? Bila ingat2 balik, memang jenis selamba jugak kan?

Anyways, we went to the main attractions dan travel trip yang boleh dikatakan sukses :)

Time ni rasa independent, confidence level pun makin bertambah. Serious, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan :) Tapi students sekarang ni lagi maju, yelah Air Asia pun ada, bukan setakat berjalan dalam Malaysia, jauh langkah sampai ke overseas.

Ok, jadi mari kita sambung tips sebelum memulakan sebarang pengembaraan, perjalanan, visit/tour ke luar negara.



1. Tiket penerbangan. Ok setelah selesai semua yang di atas, maka bolehlah start ticket hunting. Ada yang beli awal setahun, ada yang beli 2-3 bulan sebelum penerbangan, dan ada juga yang beli pada saat terakhir. Tips saya, tiada right or wrong. Kena rajin cek websites airline dan bandingkan harga. Selalunya masa cuti sekolah, susah sikit nak dapat harga promo. Semasa membandingkan harga, masukkan sekali kos luggage, makan dan saya amat galakkan untuk ambil travel insurance. Bukan apa, kita nanti berada di tempat orang, jika berlaku kejadian yang tidak diingini (beg hilang, sakit, accident dll) agak sukar untuk mendapatkan bantuan. Setakat ni Alhamdulillah, semuanya ok.

2. Bila tiket flight confirmed (sure dah excited kan?) maka bolehlah cari hotel. Hotel ni pun mengikut bajet juga. Kalau nak murah, boleh ambil dormitory shared room, kena kongsi bilik air.Memang murah. Kalau hotel nak yang berapa bintang? Kalau tanya saya, yang pertama location yang strategic, selamat dekat dengan convenience store dan subway station serta bersih da nada free wifi tu yang penting. Kebanyakan hotel saya book di Booking.com. Pernah juga guna Agoda, tapi untuk hotel di Malaysia sahaja. Setakat ni reliable dan harganya berpatutan. Baca juga review hotel  berkenaan di tripadvisor. Saya selalu book hotel yang ada free cancellation. Ini membolehkan kita cancel booking tersebut jika anda berubah fikiran tanpa sebarang kos. Pastikan lokasi hotel dan jika anda self-plan travel, print nama hotel dan peta dalam English serta bahasa negara tersebut. 

3. Main attraction yang hendak dituju. Setiap destinasi mempunyai attraction tersendiri. Dapatkan maklumat daripada website (tripadvisor, lonely planet, forum dan blog) dan brochure (boleh didapati dengan banyaknya jika berkunjung ke Matta fair). Jadikan tempat-tempat ini sebagai panduan ke mana arah tujuan anda bila tiba di sana nanti. Sebagai contohnya, kalau ke Paris, memang tak sahlah jika tidak ke Eiffel tower dan jika ke Rome, tak sah jika tidak ke Colliseum. Jika punya masa yang lebih, boleh venture keluar dari touristy places tuh dan tengok life penduduk tempatan sehari-hari macamana. Tapi ni agak sukarlah kan sebab biasanya masa kita sangat singkat.

4. Tempat makan. Research juga tempat makan halal di tempat yang hendak dituju. 

5. Mod transportation. Ini juga penting bagi self-plan traveller. Selalunya kita akan banyak menggunakan public transport seperti train, bus dan taxi. Dapatkan peta dan tandakan kawasan yang hendak dilawati serta transport yang sesuai. Setakat ni macam di Seoul dan Tokyo, guna subway je memang dah memadai. Sangat efisien dan harganya pun ok.Cek juga rate teksi, kadangkala ada bloggers yang share, jadi kita boleh estimate & kuranglah sikit risiko kena tipu.

6. Itinerary. Ada yang free-travel dan tak suka plan sangat. Tapi bagi saya kalau ada itin ia lebih memudahkan dan terarah. Cuma pastikan ia tidak terlalu rigid dan jadikan ia lebih flexible. Senaraikan tarikh,  masa dan tempat yang anda hendak lawati serta transport yang hendak digunakan.

7. Packing. Pack lightly, jangan overpack. Buat berat beg je nanti. Pack pakaian based on cuaca, barang keperluan harian, ubatan , charger/power bank, dan makanan (sangat perlu jika ke tempat yang susah nak cari makanan halal). Pack juga distraction items to kill off time sekiranya flight delay. Buku/magazine/tablet. Oh dan earphone.

8. Scan passport dan hantar ke emel anda sendiri sebagai backup sekiranya anda kehilangan passport.
Simpan nombor dan alamat penting seperti nombor telefon syarikat insurans dan nombor serta alamat kedutaan. Penting di saat kecemasan.

9. Pertukaran duit. Ada yang kata yang di Mid Valley tuh murah tukarannya. Anda boleh cek dulu dan buat perbandingan.

Ok, tamat sudah travel tips sebelum memulakan perjalanan. Nanti saya akan sambung dengan tips semasa berjalan ok?