Orang lain dah lama kan buat road trip nih, aku nih baru nak try. Honestly tak suka sangat nak drive jauh2, lagi prefer naik flight je. Tapi, ada member suggest untuk buat road trip. So aku pon join jelah kan. Untuk trip ni memang bukan aku yang plan, jadi ahli rombongan je gitu. Ceh rombongan gaya macam ramai je padahal kami bertiga je heheh.



Nak dijadikan cerita, orang lain balik kampung time raya, kita sibuk nak berjalan. Kami gerak tengah malam hari rabu, setelah bersorak Merdeka! Dan-dan tengah stuck dalam jem menghala ke Sungai Buloh, dapat satu berita. PM announce cuti hari Isnin! Amboi bersoraklah we ols, terus extend sehari lagi kat negara gajah putih. Tuhlah kelebihan drive kan, can tukar2 plan sepantas kilat haha. Kami gilir-gilir drive dalam keadaan kejap jem, kejap ok, dan Alhamdulillah selamat tiba di Bukit Kayu Hitam around 10 after singgah solat & makan di R&R.


Uols kalau dah sampai BKH, jangan terus je menonong pergi imigresen tau. Ada beberapa dokumen kena setelkan dulu. Ok, jadi yang pertama kalau drive ke Thailand kena ambik insuran kenderaan.Dekat mana nak ambik? Area before border nih banyak kedai & stesyen minyak yang boleh tolong uruskan. Kena bawak geran asal & passport. Bayaran untuk setiap insuran bergantung pada berapa lama korang nak tinggal kat Thailand.

Nanti uol akan dapat beberapa form:
-Insuran
- TM2 (pemandu & butiran penginapan)
- TM3 (nama penumpang)
-TM 6 (setiap orang dapat, untuk arrival & departure)

Bila dah dapat seme form nih bolehlah dengan konfidennya pergi ke imigresen. Mula-mula drive lalu je dekat pos belah Malaysia. Then after dah lepas, park tepi jalan tuh, dan menapak ke imigresen Thailand dan di sinilah horror kami bermula. Ramai gila orang weh! Beratur macam apa dah. Disarankan korang try masuk ikut border lain macam Padang Besar ke, kurang sikit kut orang.

Dipendekkan cerita, kami kena tunggu dalam 5 jam untuk setelkan imigresen. Patutnya maybe dalam 2-3 jam je, tapi sebab sistem & building dia baru , orang pulak ramai. Bertabah jelah kan. Passport kena cop, dan untuk kereta pulak, sila bawa geran & borang2 tuh untuk dicop jugak. Diorang akan bagi satu form putih yang perlu dikembalikan bila kita dah keluar nanti.



Setelah penat beratur bagai nak rak, kitorang pun drivelah ke Hatyai. Kami menginap di LeeVana Hotel. Hotel ni memang best & harga berpatutan.


So disebabkan dah penat, maka mlm tu tido jelah haha. Esok kami mulakan misi.
Tak sah kalau ke Pulau tapi tak pergi snorkeling kan. Kat Perhentian ni memang port2 snorkeling dia seriously sangat best. After breakfast (included in the pakej) dalam pukul 9.30 mcm tuh trip snorkeling bermula.




The first port ada banyak colourful corals & fish. Tak banyak ambik photo, tapi ambik video heheh.





The next port, adalah port shark. Memang banyak shark kat sini dan depa tak takut dengan kita hehe. Then kita tengok penyu. Sini pun ada beberapa ekor. Ingatkan tak jumpa, rupanya ada rezeki. Malangnya tak sempat nak snap. But it was a magical moment.

Dah penat2 snorkeling mestilah lapar, jadi kita pun lunch dulu.

Ada 2 lagi port untuk snorkeling. Satu dekat lighthouse. Sini macam scary sikit, current dia kuat jadi tak berani nak turun. For adrenaline junkies, bolehlah panjat lighthouse tuh dan dive.

Port terakhir adalah rumah nemo. Tak pasal2 glamer nama nemo kan. Kat sini ada satu area penuh dengan anemone, tempat clown fish nih tinggal. Watch the video

video


So gitulah snorkeling trip. Malam tuh pergi tengok fire show dekat long beach. Camera phone je uols, gambar tak cantik haha. Perhentian Island pergi banyak kali pun tak jemu aih. Pergilah cuti2 Malaysia :)

The End


Ok, sambungan Kuching trip. Alkisahnya seharian hujan, jadi plan untuk merayap tuh memang terpaksa ditangguhkan. Petang tuh kami singgah ke Pasar Satok (Medan Niaga Satok). Saja je nengok apa yang unik kat Kuching nih




Alhamdulillah esok harinya tuh, mentari kembali menyinar gitu.

Jadinya, kami ke Taman Negara Bako! Tempat ni dia pulau sebenarnya, kena naik bot dari jeti di Kampung Bako. Perjalanan dari bandar ke jeti dalam 30 minit. Harga tiket bot tak salah RM50 pergi balik termasuk park conservation fee. Kami juga ambil tour guide, RM100 per group. Ikutlah, ada yang ambil ada yang tak. Kalau ambik tour guide ni yang bestnya dia akan explain dan beri penerangan mengenai flora-fauna yang ada. Berilmiah la kita punya trip tuh kan.



Sampai-sampai je terus sesi bergambar haha Sebabnya memang cantik ya amat struktur batu kat situ. Uols tengoklah gambar2 nih.





Gunung Santubong pun kelihatan dari sini.


Lepas tuh kita pergi trekking dalam hutan dekat Taman Negara ni. Kalau ikutkan memang kena pakai sports shoes ok, baru boleh trekking jauh, kalau tak, boleh jugak trek, sebab dia ada sediakan trekking route berkayu tapi x jauh sangatlah. Selalunya orang trekking kat sini sebab nak cari monyet proboscis sebab spesis nih memang duduk kat sini.



Bila round2 tuh dapatlah jumpa monyet tuh. After dalam sejam trekking, kami singgah ke cafe dia untuk mengisi perut. Biasalah makanan agak pricey, jadi, kalau boleh bawa kudapan & air siap2 dari seberang k.

Jadi gitulah, trip singkat 3D2N di Kuching. Dengan flight delay nya kan, kalau tak maybe boleh cover banyak lagi tempat. Total expenses dalam RM400 per pax, all in all, memang banyak lagi tempat belum explore hehe.

THE END


Ok jadi the first activity yang kitorang buat adalah hiking! Kat Pulau Perhentian kecil nih yang memang famous bukit yang ada kincir angin elektrik tuh. Jarak dari chalet ke puncak bukit tuh dalam 40 minit. Kalau yang duduk area Long beach, mungkin dekat sikit.



Tips: Sila pakai sunblock & topi sebab panas & tak shady, bawak air & snacks yang mencukupi.




Sampai kat atas tuh, view dia memang cantik! Kalau orang cakap kat Maldives ke Hawaii ke boleh percayalah kan.



Nak turun tangga2 nih hati2 ya, sebab not properly maintained, ada tangga yang dah tercabut. Sayanglah, sebab ni kawasan pelancongan, patut kena jaga betul2.

Kat area batu2 bawah tuh, sapa2 yang pandai berenang bolehlah berendam dalam air yang biru tuh.



Kesilapan kitorang adalah sebab tak makan tengahari dulu. Adui lapar gilos kut. Nak balik ke Coral beach kami decide untuk naik bot je, tak larat dah nak jalan balik hehe.

Balik tuh kami makan di Amelia, Coral Beach. Tapi servis dia memang teruk kut. Tak friendly langsung, dan kurang beradab. Rasa so-so lah. Jadi macam not recommended. Cari kedai lain k.

To be continued...
Blog ni masih wujud ok. Cuma tak updated gitu. Been busy dengan kehidupan harian kan , travel pun idaklah kerap sangat, but still I will write from time to time. Can follow my Insta jugak, situ rajin sikit update haha.

Orait jadi bulan 5 harituh, masa cuti labour day, adalah pergi merayap ke Pulau Perhentian. Dulu2 dan dulu see, betapa dulunya dulu tuh, I mean like almost 10 years back kut, last pergi ke Perhentian. Itu pun Pulau Besar. Memandangkan my friend ajak pegi ke pulau kecik pulak, so apa lagi join lah. Kali ni kita follow je, tak jadi planner. Hehe selalunya kita yang beria plan kan. Ini bagi je duit, member tolong setelkan.



Nak jadi ceritanya, kitorang ke Kelate naik bas dari TBS. Jangan pegi K.Terengganu pulak tau. Walaupun Perhentian ni kat ganu, tapi jetinya kat Besut, Kelate. Naik bas jadi jakun pulak. Bukan apa, seat 2-1 & ada wifi weh! Nampak sangat dah lama tak naik bas kan. Bas adik beradik memang recommended. As usual, jangan lupa bawak sweater, menggigil dalam bas tu nanti.


Sampai ke Besut around subuh macam tu. Make sure berhenti di hentian bas lama tau, bukan yang baru. Jeti tuh ada di hentian lama. Dah solat seme pagi tu, perut pun dah bunyi2 kita pun singgah la makan dulu kat restoran berhampiran jeti. Nasi dagang menjadi pilihan. Sedap jugaklah rasanya. Ada pilihan nasi berlauk, nasik minyak, lemak dan roti canai.




Dalam pukul 9 macam tuh, kita ke jeti untuk naik bot ke Perhentian. Memang bot tau, bukan feri. Perjalanan mengambil masa around 45 minutes. 





Sampai di Perhentian kecil, kami disambut oleh geng Perhentian Kravers. Member aku book pakej under diorang nih. Kami duduk di chalet bajet je. Kita boleh pilih nak chalet macamana ikut bajet masing2. 


to be continued...

Jom sambung kisah di Kuching! I’m back, taking a short break hee.

After dah rehat2 kejap kat hotel, malam tuh kitorang pun keluar cari makanan. Lapo dah perut. So kitorang pergi area Kampung Boyan. Nak ke sini naik bot pun boleh dari area Waterfront tuh, tapi kitorang kan ada orang drivekan ke sini :)




Pusing2, Restoran My Village Barok menjadi pilihan.



Sini makan seafood dah siap ada set. Set udang, kekapis (scallop), sotong & untuk yang tak makan seafood(rugi weh!) ada ayam bakar. Kitorang ambik set berlainan so bolehlah rasa2 kan plus midin belacan. Kat Kuching ni memang midin nih wajib order. Dia macam pucuk paku tapi lain sikit. Tak reti aih nak explain,p cuba sendiri ok.


The ambience, the food & service memang terbaik! Harga pun ok. Jadi kalau ke Kuching, mailah sini.

Then perut dah kenyang, kita serbu pulak Mira Cake House, tak jauh dari restoran dekat ja. Cakap jelah nak kek lapis style macamana, semua ada. Cheese, lumut, oreo, Cadbury heaven! Sini sesi testing2 je dulu, nak balik karang baru beli.

Esoknya, patut plan nak p Taman Negara Bako, tapi HUJAN. Sob sob, what to do redha dan pasrahlah nak. Kita tukarlah plan. Jadi kitorang shoot ke Cultural Village. Dulu dulu dah pergi dah tapi tu cerita duluuuu, more than 10 years back haha.

Apa yang ada dekat Cultural Village nih? Ada koleksi rumah dari pelbagai suku kaum yang ada di Sarawak ni. Rumah Iban, Bidayuh, Melanau, Penan semua ada. Jadi kalau dah ke sini, take your time, explore semua rumah. Hujan pun kita redah je hee. Actually bila time hujan ni, ada ambience lain, kalau pandai ambik gambar, photos can turn out nice. 







Dekat sini setiap hari ada persembahan kebudayaan. Jangan miss tau tengok. Ada pukul 11.30 and 3.30 tak salah. Ada tarian dari setiap suku kaum memang menarik. Maybe sebab kita duduk di Semenanjung, jadi tak nampak sangat kepelbagaian budaya tuh, tapi di Sarawak ni, kita boleh nampak the diversity.



Orait after dah habis tengok persembahan, still hujan…hmmm ke mana kita ni?
Okeh, meh sambung. Bukan setakat post je delayed, flight ke Kuching harituh pun delayed! 3 jam pulak tuh, dah lepas imigresen seme barulah khabaq delay, huhu sabo jelah. Habis plan berjalan pun dirombak gitu. Nak buat macamana kan, nasib...



Pukul 3 petang barulah kitorang sampai ke Kuching. Ada adik kawan yang ngambik. Kitorang sewa kereta dari dia je, dan dia jadi driver haa kan senang tuh. Sampai2 perut pun udah kelaparan jadi haruslah mencari makanan dulu kan. Hmmm the downside of having a driver nih, kita langsung tak amik port lokasi kedai tuh hahah aduyai. So nama kedai tuh lupa! Mentang2 lah terus dibawa ke kedai tinggal order dan makan je kan.

Anyways, kitorang makan mee kolok. Wajiblah datang ke Kuching nih kenalah makan makanan specialty dia kan. Depan kedai tuh ada pisang goreng cheese yang memang marbeles sodap!




Orait, perut pun dah berisi, makanya, jum jalan. Plan asal nak ke Semengoh Orang Utan Sanctuary tapi, dah flight delay, tak sempat lah kan. sob sob. So kita ke Fort Margherita.




Fort nih dengan Waterfront tuh dekat2 je. Depan Fort nih pulak ada macam Old Courthouse yang dibina pada zaman Brooke dulu. Pernah function as information center, sekarang jadi macam cafe hipster. Cantik untuk ambik2 gambar. Cake dia pun nampak menarik sangat,






Dah habis berjalan, maka jumlah check in dulu. Kami menginap di Dormani Hotel. Oklah bilik dia just nice la kut, rate dia pun reasonable, dekat dengan kedai2 makan dan juga berhampiran waterfront. Boleh usha di: http://www.dormanihotel.com/

To be continued...